728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tafakur adalah Salah Satu Cara Menerapi Aura

    aura insani - Tafakur atau didalam bahasa Inggris 'meditation' ditafsirkan oleh barat sebagai aktiviti mendiamkan diri dalam posisi tertentu, pada waktu tertentu untuk memperoleh ketenangan. 

    Tujuannya adalah untuk mengistirahatkan otak yang mana otak yang sehat ini dapat memandu tubuh badan menjadi lebih sehat dan produktif. Seterusnya aura dan getaran seseorang itu lebih baik.



    Galih Gumelar : "Tafakur bukanlah sebuah hal yang asing lagi dalam Islam. Banyak pembahasannya didalam Islam yang boleh dikaitkan dengan tafakur dan juga objektif tafakur itu sendiri. Diantara tafakur adalah beriktikaf didalam masjid untuk mengingat Allah melalui amalan zikir serta amalan lain seperti membaca Al-Quran. Dan Sholat itu sendiri merupakan tafakur atau sebuah meditasi bagi tubuh dan pikiran."



    Seorang yang khusyuk dalam solat akan melupakan apa saja disekelilingnya dan melatih seseorang menjadi lebih fokus. Setelah solat, maka disunatkan kita berzikir dan berdoa. Dan hal demikian adalah amalan untuk kita lebih menenangkan diri melalui zikir dengan mengingati Allah dan menaikkan keyakinan seseorang bahawa Allah itu sentiasa mendengar melalui aktiviti doa.



    Banyak lagi panduan melalui amalan atau ajaran dalam Islam yang mempunyai objektif yang sama seperti tafakur dan ia bukan hanya memberi ketenangan didalam jiwa, namun membuat sifat sabar, yakin, syukur, tabah dan berserah yang menjadikan aura manusia atau aura insaninya lebih bagus.
    Next
    This is the most recent post.
    Posting Lama
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 komentar:

    Posting Komentar

    Item Reviewed: Tafakur adalah Salah Satu Cara Menerapi Aura Rating: 5 Reviewed By: aura insani
    Scroll to Top